Friday 15 December 2017

KATA ALU-ALUAN


اَلسَّلَامُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَا تُهُ



إِنَّ الْحَمْدُ لِلَّه... نَحْمَدُهُ وَ نَسْتَعِيْنُهُ وَ نَسْتَغْفِرُهُ وَ نَعُوْذُ بِاللَّهِ مِن شُرُورِ أَنفُسِنَا وَ مِن سَيِّئَاتِ أَعْمَالِنَا. مَن يَهْدِهِ اللَّهُ فَلاَ مُضِلَّ لَهُ, وَ مَن يُضْلِلْ فَلاَ هَادِيَ لَهُ. وَ أَشْهَدُ أَن لاَّ إِلاَهَ إِلاَّ اللَّه, وَحْدَهُ لاَ شَرِيكَ لَهُ. وَ أَشْهَدُ أَنَّ مُحَمَّدًا عَبْدُهُ وَ رَسُولُهُ.
يَآ أَيُّهَا الَّذِينَ ءَامَنُواْ اتَّقُواْ اللَّهَ حَقَّ تُقَاتِهِ وَ لاَ تَمُوتُنَّ إِلاَّ وَ أَنتُم مُّسْلِمُونَ.
يَآ أَيُّهَا الَّذِينَ ءَامَنُواْ اتَّقُواْ اللَّهَ وَ قُولُواْ قَوْلاً سَدِيدًا. يُصْلِحْ لَكُمْ أًعْمَالَكُمْ وَ يَغْفِرْ لَكُمْ ذُنُوبَكُمْ, وَ مَن يُطِعِ اللَّهَ وَ رَسُولَهُ فَقَدْ فَازَ فَوْزًا عَظِيمًا.

Kursus Reka Bentuk Pengajaran & Teknologi Pendidikan (ECS 3143) ini merupakan pengenalan kepada teori dan amalan rekabentuk pengajaran dan teknologi dalam merancang dan melaksana pengajaran. Tumpuan diberikan kepada beberapa model reka bentuk pengajaran, prinsip-prinsip penerbitan bahan pengajaran pembelajaran yang merangkumi prinsip komunikasi visual dan peranan media pengajaran dalam membantu proses pengajaran dan pembelajaran. Pelajar juga didedahkan kepada peranan sistem pengajaran-pembelajaran dan teknologi terkini. Di akhir kursus, pelajar dikehendaki mengaplikasi model reka bentuk pengajaran dalam pembinaan bahan dan perancangan pengajaran termasuk kriteria menilai peralatan dan perisian (bahan) pengajaran dan pembelajaran. Justeru, kursus ini juga merupakan komponen teras bidang perguruan dan pelengkap kepada subjek pedagogi dan ini adalah kemahiran penting yang perlu dikuasai oleh pelajar sebelum menjalani latihan mengajar. Semoga penghasilan blog oleh pelajar pengajian Islam, Fakulti Pendidikan dan Sains Sosial UNISEL ini mampu memberi impak kepada bakal guru dalam menjalani sesi PdP dengan mengaplikasikan teknologi dalam pendidikan Islam khasnya. Syabas dan tahniah diucapkan kepada semua pelajar kursus ECS3143 yang bertungkus lumus menyediakan blog khas ini. Semoga dilimpahkan ganjaran dan bekalan diakhirat kelak. Terima kasih.

KHAIRUL ALRASHID BIN MOHD NAWI
M.ED (InstructionalTechnology)(IIUM),DIP EDU (IIUM),
B.FF (Fiqh Fatwa Honours)(USIM), DIP. Islamic Studies (Syariah),(KUSZA)



SEUNTAI KATA
Assalammualaikum Warahmatullah Wabarakatuh dan Salam Sejahtera.


Satu usaha berterusan yang sangat bermakna untuk tatapan dan ingatan sejarah yang telah dicapai sepanjang pembelajaran pada semester ini. Dengan gabungan usahasama pensyarah dan pelajar kursus ECS 3143 sesi September 2017 - Februari 2018 ini, maka blog Reka Bentuk Pengajaran dan Teknologi Pendidikan ini dicipta sebagai pemudahcara dan rujukan kepada bakal guru, selain daripada penilaian pensyarah dalam projek kelas bagi semester ini. Dalam era teknologi maklumat dan komunikasi (ICT), ilmu pendidikan sentiasa berubah seiring dengan kemajuan sains dan teknologi. Seiring dengan impak globalisasi ini menjadikan semuanya serba canggih dan mencabar pencapaian cemerlang dan berkualiti dalam semua bidang sudah menjadi matlamat dan harapan institusi dan ibu bapa. Justeru, untuk merealisasikannya semua mahasiswa dan mahasiswi, pendidik dan ibu bapa hendaklah sentiasa memberi perhatian yang serius dan kerjasama yang jitu bagi mencapai kejayaan. Akhir kata, terima kasih sekali lagi semoga laman blog ini akan dapat dimanfaatkan oleh semua pihak supaya murid yang berilmu, kreatif dan produktif dapat dilahirkan.

Sekian, selamat maju jaya.

MUHAMMAD KASMAN BIN HASSAN (4161001561)
Ketua Projek
ECS 3143 Reka Bentuk & Teknologi Pengajaran


"Ukhuwwah Fillah Lestari Selamanya"



2 comments:

Kemahiran Keibubapaan (Tingkatan 5)